Belajar Menaip Dengan Permainan Menaip – Typing Chef

Sebagaimana kisah saya belajar menaip dalam post sebelum ini, saya telah ceritakan bagaimana saya belajar menaip menggunakan perisian permainan menaip dan juga typing games.

InsyaAllah dalam beberapa post seterusnya, saya akan kongsikan beberapa permainan menaip yang saya kira amat menarik bagi melatih jari kita supaya lebih “lembut” menekan kekunci komputer. :)

Jadi, untuk hari ini, suka saya kongsikan satu permainan menaip yang diberi nama Typing Chef.

Bagi saya, permainan ini sudah dikira tahap pertengahan. Tak terlalu senang dan juga tak terlalu susah. Cuma semakin tinggi level yang anda peroleh, sudah pasti semakin cepat perkataan yang keluar.

Apapun, anda boleh mencuba dahulu. :)

>>> Sila klik di sini <<<

Permainan Menaip Typing Chef

Permainan Menaip Typing Games : Typing Chef

You can leave a response, or trackback from your own site.

Comments